Friday, April 16, 2010

Assalamualaikum semua.

Saya minta maaf sangat-sangat sebab dah lama mengabaikan blog ni. Lebih kurang 9 bulan kan?

Anyway, sedikit updates.

1)Sudah lebih kurang 9 bulan kami berpindah ke rumah baru. Sedikit demi sedikit berkemas, sebab nak buat semua sekali harung memang tak larat. sampai sekarang pun, kami belum berpuas hati sepenuhnya kerana ada lagi sedikt barang-barang yang masih belum di tempat yang sepatutnya. Lalu, di kotaklah tempatnya buat masa sekarang.

2)Ada sebabnya kenapa progress mengemas/menyusun atur rumah agak tergendala. Lebih kurang 2-3 minggu berpindah ke rumah baru, rezeki kami bertambah, Alhamdulillah. Puan rumah disahkan berbadan dua. Sebelum tahu saya mengandung, begitu aktif sekali saya mengangkat barang/kotak ke sana-sini. Lepas dah tahu, minta maaf...terpaksa lah slow down sikit. Tambahan pulak, loya-loya dan mual-mual berlaku di bulan puasa, lagi lah tak larat nak buat apa. Rancangan nak ajak cikgu-cikgu taska Amnah dan Akhtar berbuka puasa di rumah pun terpaksa dibatalkan. Maaf ye cikgu-cikgu sekalian, insyaAllah, ada rezeki di lain kali ye.

Sekarang, kandungan saya sudah mencecah 38 minggu, bila-bila masa saja saya boleh melahirkan. Sudah semakin berat perut ini, tapi saya masih bergerak aktif macam biasa, masih mengambil Amnah di sekolahnya. Akhtar pun sudah full time di rumah sejak 1 April. Lepas pantang nantilah Akhtar ke taska semula.

Sebut tentang Amnah, dia sudah pun bersekolah tadika di Seksyen 27, Shah Alam. Cuma 7-8 minit dari rumah kami. Alhamdulillah, setakat ini pencapaiannya bagus dan memberangsangkan. Cikgu-cikgunya selalu memaklumkan kepada saya tentang perkembangannya di sekolah. Harap-harap berkekalan semangat belajarnya.

Tentang kerja pula, saya telah mengembangkan(sedikit) skop kerja daripada design-design blog dan website kepada pembangunan sistem. Dulu pun kerja programmer, jadi minat kepada pembangunan sistem ni memang tak pernah padam. Customer pertama adalah sekolah tadika Amnah yang mempunyai ratusan pelajar dan sangat memerlukan computerized system untuk menyimpan semua data. Fasa pertama adalah tentang pendaftaran pelajar dan pengurusan bayaran bulanan dan tahunan. Fasa kedua, lepas pantang nanti akan disambung. Tapi yang ini nantilah saya sharekan lebih lanjut ye.

Rasanya setakat ini dulu untuk kali ini. Mintak doakan supaya saya selamat melahirkan ye.

Terima kasih.

Wassalam.

1 Response to "Salam to all!"

  1. SMM Says:

    salam :)
    bagus ada bloglist ni, senang dapat tahu bila orang update blog..
    tahniah sebab pindah rumah baru dan kembangkan bisnes (develop sistem)..
    dan semoga selamat melahirkan cahaya mata seorang lagi, insya-Allah.. jgn lupa post update tau! :)

Post a Comment